Wednesday, 3 December 2014
2. Pelaksanaan Akltiviti Kokurikulum (Tentatif)
2.1 Pendaftaran peserta
2.2 Upacara Perasmian pembukaan
2.3 Teks pengerusi majlis
2.4 Senarai aktiviti yang diadakan
2.5 Perasmian penutup
2.1 Pendaftaran peserta
Pendaftaran peserta dan tetamu jemputan bermula pada jam 2.30 petang sehingga jam 3.30 petang. Masa pendaftaran diberikan selama 60 minit untuk memberi ruang kepada murid dan guru menunaikan solat Jumaat bagi peserta dan guru yang beragama Islam.
Jawatan Kuasa Pendaftaran:
Bas A: PN. KAREN WONG CHEK FAI
PN. FATIMAH NORMAH BT. OMAR
Bas B: PN. NORLIZA BT. MOHAMED NOR
PN. SUJAIHAH BT. ABDUL SHUKOR
Bas C: PN. ZATIL FARA BT. MOHD NOOR
PN. ZAINUN BT. ARIFFIN
Bidang tugas:
1. Mendaftarkan penyertaan setiap peserta mengikut Unit Beruniform masing-masing.
2. Mendapatkan segala dokumen yang diperlukan untuk menyertai perkhemahan tersebut.
3. Mengutip bayaran wang pendaftaran daripada peserta dan menyerahkan resit bayaran.
4. Menyukat saiz baju kemeja-T yang sesuai dengan peserta untuk menempah pakaian serangam dan kenangan perkhemahan.
5. Mendaftarkan kehadiran peserta di sekolah sebelum menaiki bas untuk bertolak ke tapak perkhemahan.
6. Memastikan jumlah kehadiran peserta telah mencukupi sebelum menaiki bas dan bertolak ke kawasan perkhemahan.
NO. NAMA PESERTA BAS A J K KEHADIRAN
1 ADAM HARIS B. HAIDI FAIZ L 4B
2 AHMAD AIDIL HAFIZ B. SHAHARUDIN L 4B
3 AHMAD RAIEF SYAFI B.AHMAD RAZALI L 4B
4 AJMEER ADAM B. ZULKEFLE L 6B
5 ALIF AMIRUL AIMAN B.NORDIN L 5C
6 AMIRUL NAIM B. ZAINURIN L 5C
7 ANDREE LEE CHIN HWA L 5B
8 HAFIZ NAJMUDDIN LUQMAN B. AZHAR L 4D
9 KHAIRULAMIRIN B.MOHAMMAD KARIM L 4B
10 LEE CHIA HIN L 6B
11 MUHAMAD FARIS AMSYAR . M FAUZI L 6B
12 MIOR MUHAMMAD AIMAN M ABD HISHAM L 6B
13 MOHAMMAD MIRZA RAHIMI B. MAT LAZIM L 6B
14 MUHAMMAD ABDIN SHAKIRIN M SUFIAN L 6B
15 MUHAMMAD ADAM HAIQAL B. SUHAIMI L 6B
16 MUHAMMAD A'QIL B. CHE IBRAHIM L 5F
17 MUHAMMAD GHAZALI B.ANNUAR ZAINI L 5F
18 MUHAMMAD NOR IRFAN B. M RAZALI L 6B
19 MUHAMMAD SYAHMI B. MOHD TAHIR L 5A
20 NIK MUHAMMAD MU'INNUDIN N MAT DIN L 6B
21 NUR FADLIN B. MOHAMAD KHUSAIRI L 5F
22 RAZIQ B. AZDILIZAM L 5B
23 AIN NABILAH BT.MOHAMMAD IBRAHIM P 5C
24 ANIS SHAHIRA BT. SAADON P 5C
25 FARAH NABILA BT. FAIZAL HANIZAM P 5B
26 NUR AIN IZZANI BT. ZAINAL P 6B
27 NUR AINA EZZATY BT. MOHD RAFEE P 6B
28 NUR ALLIS SYAHIDA BT. MOHD AMIR P 4A
29 NUR HANINA AFINA BT. NORAZMI P 4A
30 NUR HIDAYAH BT. AZIZAN P 5A
31 NUR QISTINA ABYANA BT. ABDUL RASHID P 5A
32 NURFARISYA IDAYU BT MAT ZAKI P 5B
33 NURLIYANA AQIDAH MOHAMAD SALLEH P 5F
34 NURSAYAZA BAZILAH BADRUL HISHAM P 5F
35 NURUL SYUHAIDAH BT. YOUSRI P 6B
36 PREIITY JANY PRIA P 6B
37 SARAH AQILAH BT. KAMARUZAMAN P 4B
38 SITI MARYAM DANIA BT.M. FAKHRI P 4C
39 SITI NURATIQAH BT.AHMAD NORAZIZAN P 4F
40 SITI NURIN ADLIN BT KHAIRUL AZLAN P 5B
BIL. NAMA PESERTA BAS B L/P KELAS KEHADIRAN
1 AHMAD ISMAIL RAIS L 6D
2 IMAN NOOR HAKIM BIN MOHAMMAD L 6D
3 LAKNESH RAO A/L RAMAN L 5D
4 LAKSMAN RAO A/L RAMAN L 5D
5 LOKMAN HAKIM BIN KHAIRUL L 4D
6 MOHAMMED RAIS BIN MOHAMMED ABU L 4D
7 MUHAMAD IRFAN BIN SAIPOL BAHRI L 4A
8 MUHAMMAD ADIB ILHAM BIN KAMARUDIN L 5B
9 MUHAMMAD ALIF SYAZWAN BIN SUHAILE L 5B
10 MUHAMMAD AMIRUL BIN ISMAIL L 6D
11 MUHAMMAD ARIF BIN MOHD SUKREE L 6D
12 MUHAMMAD EIRMAN NASHRIQ BIN MUHAMMAD KHAIRUL L 6D
13 MUHAMMAD FIKRI BIN HUSSIN L 6C
14 MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD ANUAR L 6C
15 MUHAMMAD HASRUL HAFIZ BIN SABERI L 6C
16 MUHAMMAD IRFAN BIN SURASI L 6C
17 MUHAMMAD NUR AFZAN BIN AMRAN L 6A
18 MUHD SHAHRUL NIZAM BIN SUHARDI L 6A
19 SHAHRUL NIZAM L 6A
20 FATIN NURSHARMILLA BT MUHAMAD ROZI P 6D
21 KHAIRUN NURAKMALISYA BT AHMAD P 6D
22 NUR AIN SHAHIRAH BT SHAFIZOL P 6F
23 NUR FARHANA BT BAHARUDDIN P 6F
24 NUR HANIS ALYA BT ABDUL HALIM P 5F
25 NUR HIJANNAH BT SAZALI P 5F
26 NUR HUDA EZZATI BT YUSMAWI P 5A
27 NUR SARAH BT AMIR IDHAM P 6D
28 NURFARAH ATHIRAH BT ISMAIL P 6D
29 NURMIATI BT SA'E P 6D
30 NURUL AFIQAH BT MOHD SHARIF P 4A
31 NURUL 'AIN BT HASSANUL FARRIS P AB
32 NURUL AINA BT AYOB P 4A
33 SYAZANA NATASHA BT SAIFOL NAZRI P 6D
34 MOHAMED HAIKAL B MOHAMED BORHAN L 6A
35 MUHAMMAD ALIF EKMAL MAT DAUD L 6A
36 MUHAMMAD ASYRAF B MUHAMMAD IMRAN L 6F
37 MUHAMMAD FARIS ADLI B MOHD ZAMRI L 6F
38 MUHAMMAD HAFIY HARITH B ROSLI L 5D
39 SITI SARAH BT. MOHAMAD ZAIDI P 6D
40 ZAHRATUL ADLINA BT. ADI JASMIN P 5F
35 MUHAMMAD ALIF EKMAL MAT DAUD L 6A
36 MUHAMMAD ASYRAF B MUHAMMAD IMRAN L 6F
37 MUHAMMAD FARIS ADLI B MOHD ZAMRI L 6F
38 MUHAMMAD HAFIY HARITH B ROSLI L 5D
39 SITI SARAH BT. MOHAMAD ZAIDI P 6D
40 ZAHRATUL ADLINA BT. ADI JASMIN P 5F
BIL NAMA PESERTA BAS C J KELAS KEHADIRAN
1 AHMAD FIKRI BIN AHMAD ZAINI L 6 F
2 AHMAD FIKRI IMRAN BIN AHMAD FUAD L 6 F
3 DZACKARIA ARIEF BIN SHAFRI L 6 F
4 IRSYAZUDDIN NAFIS BIN AZMI L 6 F
5 MOHAMAD AZARUL AIMAN BIN MOHD IZAD L 6 F
6 MOHAMMAD HAZIQ BIN ABDUL RASHID L 6 F
7 MUHAMAD FAIZ BIN SARIFUDIN L 6 F
8 MUHAMMAD ADIRUL NIZAL BIN SHAHRULAIL L 6 F
9 MUHAMMAD ARIFF HAKIMI BIN MOHD SUKRI L 6C
10 MUHAMMAD ASYRAAF BIN ABDUL BASIR L 6C
11 MUHAMMAD ATIYYAH ATIQULLAH BIN ROZANI L 6 F
12 MUHAMMAD BIN MINHAD L 6A
13 MUHAMMAD DEEYAHUR RAHMAN BIN DAUD L 5C
14 MUHAMMAD HAIKAL AZWA BIN NORAZLI L 5B
15 MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD HATTA L 5B
16 MUHAMMAD IMRAN BIN MOHD YUSOF L 4A
17 MUHAMMAD NAFIQ MUZAMMIL BIN KHAIDIR L 5B
18 NUR RAZMAN SHAH BIN AINAN L 6A
19 EZLYN NOR ELFIRA BINTI HASRIN P 6F
20 MAAS ANI SHAHILA BINTI MOHD IDRIS P 6F
21 MAAS IRA SHANIDA BINTI MOHD IDRIS P 6B
22 NIK RAIHANNA WAFI BINTI NIK HAMID P 4B
23 NOOR ALIA ATHIRA BINTI RUSMAN P 5C
24 NORTASNIM BINTI ABDULLAH P 5B
25 NUR FAKRIAH BINTI ISHAK P 5B
26 NUR FATIN NABIHAH BINTI MOHD ZUBIR P 4B
27 NUR NATASHA ARISSA BINTI MOHD RADZI P 4A
28 NURHIDAYU AMIRAH BINTI NORHISHAM P 6B
29 NURUL AMILYA BALQIS BINTI MUSZABFAR P 6A
30 NURUL SHAMIMI BINTI HAIDIR P 4A
31 RASYIDAH BINTI JAMAL P 4A
32 WAN NURHANNAN BINTI WAN KHAIRILANWAR P 4B
33 ABDUL KAMARUL AMAN B KAMARULLAH L 5B
34 AHMAD LUQMAN HAKIM B ISHAK L 5F
35 AHMAD MUIZUDDIN B ABDUL MAYAS L 5A
36 AKMAL HAZIM B UZAIR L 5A
37 ALIF B ABDUL RASHID L 5C
38 KHAIRUL AMRI B AZHAR L 5C
39 KHAIRUL AZMAN ROBERT JOHN L 5C
40 MIRZA AFIQ B MAZALAN L 5B
2.2 Upacara Perasmian pembukaan
Upacara perasmian Perkhemahan Unit Beruniform SKAM (3) ini telah disempurnakan oleh Yang di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), En. Shahrizan bin Hj. Samdin. Perasmian pembukaan itu telah diadakan bertempat di dewan tapak perkhemahan yang dinamakan Anjung Bestari, di Restu Ibu Resort. Dalam ucapan perasmiannya, Yang di Pertua PIBG mengharapkan agar acara ini akan menjadi acara tahunan yang berprestij. Selain itu beliau mengharapkan agar peserta perkhemahan akan lebih berdisiplin setelah selesai mengikut aktiviti perkhemahan dan berminat untuk menyertai sektor beruniform suatu hari nanti.
Atur acara Majlis Perasmian Pembukaan:
(Jumaat, selepas makan malam dan pembentukan kumpulan)
9.00 malam : Ucapan aluan Pengacara Majlis
9.10 malam : Bacaan doa.
9.15 malam : Taklimat Kem Komanden
9.30 malam : Ucapan Guru Besar,
En. Abd Aziz b. Hj. Md Ali
9.45 malam : Ucapan Perasmian oleh En. Shahrizan bin Hj. Samdin,
YDP PIBG SK Alam Megah (3)
10.00 malam : Minum Malam
2.3 Teks pengerusi majlis
Juruacara Majlis Perasmian Penutup
Perkhemahan Unit Beruniform, 2013 – SK Alam Megah(3)
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En. Sharizan b. Hj Samdin, Yang Di Pertua PIBG SK Alam Megah (3), yang diiringi oleh Yang Berusaha En. Abd Aziz b. Md Ali, Guru Besar SK Alam Megah 3 dan En. Mazani b. Mamat, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Para hadirin diminta berdiri untuk mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan kita pada hari ini.
Sirih berlipat siri pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah Pembuka Bicara.
Asal juragan mengail ikan,
Sambil bersuka di tepi kuala,
Masa jangan kita tangguhkan,
Tirai dibuka majlis bermula.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Yang Berusaha En. Abd Aziz b. Md Ali, Guru Besar SK Alam Megah 3.
Yang Berusaha En. Sharizan b. Hj Samdin, Yang Di Pertua PIBG SK Alam Megah 3.
Guru-guru Penolong Kanan yang turut hadir
En. Abdul Rashid b. Razali, Guru Pen. Kanan Kurikulum.
Pn. Nafisah bt. Ismail, Guru Pen. Kanan HEM.
En. Mazani b. Mamat, Guru Pen. Kanan Kokurikulum.
AJK-AJK PIBG
Guru-guru pengiring dan peserta perkhemahan Unit Beruniform SK Alam Megah(3) bagi tahun 2013, seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita telah selamat dan berjaya menyempurnakan satu lagi aktiviti tahunan sekolah kita iaitu perkhemahan Unit Beruniform. Terima kasih dan selamat datang kami ucapkan kepada tetamu kehormat yang sudi hadir untuk sama-sama meraikan kemuncak acara yang telah kita rancangkan iaitu Majlis Perasmian Penutup, perkhemahan Unit Beruniform SK Alam Megah(3) bagi tahun 2013.
Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang-gemilang ini untuk menjayakan perkhemahan Unit Beruniform SK Alam Megah(3) bagi tahun 2013.
Hadirin sekalian, untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan Ust. Khairuddin b. Ishak untuk membacakan doa, dipersilakan.
Bacaan doa
Terima kasih kepada Ust. Khairuddin yang telah memimpin bacaan doa itu tadi.
Seterusnya kita akan sama-sama menyanyikan tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negari Selangor dan Lagu Sekolah.
Diminta semua hadirin berdiri.
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negari Selangor dan Lagu Sekolah.
Terima kasih kepada hadirin sekalian atas nyanyian sebentar tadi.
Majlis akan diteruskan dengan ucapan daripada Kem Komanden pada perkhemahan kali ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Ucapan Kem Komanden
Terima kasih kepada Kem Komanden atas ucapan sebentar tadi.
Kini, kita perdengarkan pula ucapan daripada Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mazani b. Mamat. Dipersilakan
Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Terima kasih kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum atas ucapan sebentar tadi.
Hadirin sekalian, kita teruskan lagi acara kita dengan ucapan daripada Guru Besar SK Alam Megah(3). Dengan segala hormatnya, En Abd Aziz b. Hj. Md Ali dipersilakan.
Ucapan Guru Besar
Terima kasih kepada Guru Besar atas ucapan sebentar tadi.
Seterusnya, untuk merasmikan penutupan program Perkhemahan Unit Beruniform bagi tahun 2013 ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Sharizan b. Hj Samdin, Yang Di-Pertua PIBG SK Alam Megah (3) untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan program Perkhemahan Unit Beruniform SK Alam Megah (3) pada tahun ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Ucapan Perasmian Penutup oleh YDP PIBG
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Sharizan b. Hj Samdin atas kesudian merasmikan penutupan program Perkhemahan Unit Beruniform SK Alam Megah (3) pada tahun ini.
Sirih puan terselit di jari,
Ingin kucecah kapur di gagang;
Kesudian Tuan hadir ke mari,
Majlis yang indah tambah gemilang.
Seterusnya, majlis kita diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para peserta yang telah menjalankan pelbagai aktiviti dengan jayanya. Untuk menyempurnakan acara tersebut, sekali lagi majlis menjemput tuan Guru Besar untuk mempersilakan dan mengiringi tuan YDP PIBG untuk menyampaikan hadiah kepada para peserta.
Hadirin sekalian, hadiah akan disampaikan mengikut kategori yang telah dipertandingkan sepanjang tempoh perkhemahan.
Penyampaian Hadiah
Pemenang acara mendirikan khemah: Kumpulan Bayan
Pemenang acara Rentas Alam: Kumpulan Meranti
Pemenang acara Jejak Alam Santai Minda: Kumpulan Sebarau
Pemenang acara Ting-ting: Kumpulan Pelanduk
Pemenang acara Galah Panjang: Kumpulan Pakis
Pemenang acara Konda-kondi: Kumpulan Kumbang
Pemenang acara Congkak: Kumpulan Haruan
Pemenang acara Boling Kelapa: Kumpulan Buluh
Pemenang acara Berakit-rakit Ke Hulu: Kumpulan Helang
Pemenang acara Baling Selipar: Kumpulan Senduduk
Pemenang acara Siapa Saya: Kumpulan Camar
Pemenang acara Jom Masak-masak: Kumpulan Bayu
Pihak majlis mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran sepanjang perkhemahan dan memenangi semua pertandingan yang diadakan.
Sebagai tanda terima kasih, dipersilakan tuan Guru Besar menyampaikan sedikit cenderamata kepada YDP PIBG.
Penyampaian Cenderamata
Daun selasih dibuat mainan;
Sambil membakar si buluh lemang,
Terima kasih kami ucapkan;
Jasamu tuan tetap dikenang.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Andai Allah berikan usia panjang,
Dapatlah kita bersua di lain hari.
Bunga kenanga berdaun selasih,
Ditanam orang tepi perigi,
Warga SKAM(3) berterima kasih,
Kepada hadirin yang dihormati.
Semoga kita bersua kembali pada perkhemahan pada tahun hadapan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Kuasa, dan setiap kesilapan yang ada datangnya daripada kesilapan saya sendiri.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
2.4 Senarai aktiviti yang diadakan
1. Rentas Alam
Aktiviti merentas sungai dan hutan pada waktu malam sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Para peserta diminta berbaris dalam satu barisan seorang seorang yang panjang. Di hadapan diketuai oleh Kem komanden dan di belakang sekali diawasi oleh seorang fasilitator. Fasilitator yang lain mengawal dan mengawasi peserta di sepanjang barisan tersebut. Fasilitator akan membantu peserta dalam perjalanan tersebut sambil bercerita tentang alam semula jadi dan sungai. Peserta tidak dibenarkan membawa lampu suluh dan alatan lain. Peserta diberi pengalaman dan pendedahan tentang keindahan alam pada waktu malam. Pengajarannya ialah merasai pengalaman bagi seseorang golongan kurang upaya yang mengalami kecacatan penglihatan.
2. Jejak Alam Santai Minda
Jika malam tadi peserta merentasi sungai cetek dan pinggir hutan tanpa bantuan lampu, kini mereka diberi pengalaman yang sama malah lebih mencabar dengan merentasi hutan pada waktu siang pula. Acara yang lebih menarik seperti:
a) Berenang dengan berpegang kepada tali yang melintasi sungai,
b) menaiki pelampung merentasi jeram berbatu,
c) menaiki tangga sambil memanjat pokok,
d) terbang seperti kelawar menerusi aktiviti Flying Fox.
e) Menaiki jambatan gantung yang merentasi sungai dan jeram berbatu
3. Puisi Sungai Warisan
Aktiviti ini dijalankan secara stesen. Terdapat sepuluh stesen permainan tradisional dan aktiviti sukan air diadakan. Antaranya:
1. BERAKIT
2. TING-TING
3. GALAH PANJANG
4. BOLA RACUN DALAM AIR
5. KONDA KONDI
6. PECAH BELON
7. CONGKAK
8. BOLING KELAPA
9. BALING SELIPAR
10. LASTIK GETAH
Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai pelbagai permainan tradisional yang telah mula dilupakan. Ia juga memberi pendedahan tentang sukan air yang menarik dan kreatif.
4. Siapa Saya?
Aktiviti Siapa Saya? dijalankan dengan tujuan untuk mencungkil bakat peserta dan memupuk kerjasama berkumpulan. Ia merupakan aktiviti persembahan kumpulan yang dikendalikan oleh fasilitator. Peserta diberi peluang merancang dan membuat persembahan sebaik mungkin berdasarkan pengalaman yang telah mereka lalui sepanjang tempoh perkhemahan.
Pelbagai jenis dan bentuk persembahan telah dipersembahkan. Ini menunjukkan betapa murid dapat menerima baik dan meresapi pengalaman yang sangat berharga dalam perkhemahan kali ini.
5. Jom Masak-masak
Pertandingan memasak makanan semasa berada di dalam hutan, para peserta diberi cabaran ikhtiar hidup yang sangat bermakna. Mereka dibekalkan dengan tepung gandum, garam, ubi kentang, telur, beras, lilin askar dan pemetik api. Setiap kumpulan diminta menyediakan hidangan lengkap seberapa upaya yang mereka bersama fasilitator. Pengalaman ini sangat berharga dan tidak mungkin dapat dibeli di mana-mana. Mereka diajar cara menggunakan lilin askar, membuat doh dan dibakar sebagai roti bakar, masak nasi dalam buluh seperti lemang, bakar ubi kentang dan telur yang dibakar setelah disalut dengan tanah liat.
2.5 Perasmian penutup
Atur acara Majlis Perasmian Penutup:
(Ahad, selepas aktiviti Jom Masak-masak, sebelum makan tengah hari)
11.00 pagi : Ketibaan tetamu jemputan.
11.05 pagi : Ucapan aluan pengacara majlis.
11.10 pagi : Bacaan doa.
11.15 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu SK Alam
Megah(3)
11.20 pagi : Ucapan Kem Komanden.
11.30 pagi : Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
11.40 pagi : Ucapan Guru Besar.
11.50 pagi : Ucapan Perasmian Penutup oleh YDP PIBG.
12.00 tengah hari : Penyampaian hadiah dan cenderamata.
12.10 tengah hari : Majlis bersurai.
Perasmian penutup ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG). Majlis penutup ini dihadiri oleh Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan Penolong Kanan Kokurikulum SKAM(3). Dalam ucapan perasmian penutu ini, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah terlibat secara langsung dalam menjayakan Perkhemahan Unit Beruniform 2013 ini. Beliau mengharapkan agar aktiviti ini akan menjadi satu agenda yang akan berterusan dengan penambahbaikkan pada acara-acara yang tertentu.
3. Laporan Akhir dan Refleksi Aktiviti
3.1 Surat ucapan terima kasih
3.2 Laporan jawatankuasa kerja
3.3 Laporan kewangan
3.4 Kesimpulan laporan
- kekurangan
- kelebihan
- Cadangan penambahbaikan untuk program akan datang.
3.1 Surat ucapan terima kasih
”1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Ruj. Kami : SKAM(3).KOKU.800-2/2(5)
Tarikh : 25 September 2013
Pegawai Pelajaran,
Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana,
Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19,
40300 Shah Alam.
(U.P: UNIT LAWATAN)
Tuan,
UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kelulusan kepada aktiviti sekolah yang telah diadakan pada butiran berikut;
Aktiviti : Perkhemahan Unit Beruniform
Tarikh : 14-16 September 2014
Tempat : Restu Ibu Resort, Ulu Yam, Selangor
Sasaran :Ahli Unit Beruniform Pengakap, TKRS, PBSM dan Puteri Islam
3. Kerjasama dan kesudian tuan menjayakan program tersebut, diucapkan berbanyak terima kasih
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
..........................................
(ABD AZIZ B. HJ MD ALI)
Guru Besar,
SK Alam Megah (3)
3.1 Surat ucapan terima kasih
”1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Ruj. Kami : SKAM(3).KOKU.800-2/2(5)
Tarikh : 25 September 2013
YDP PIBG,
SK Alam Megah (3),
Tuan,
UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan komitmen yang diberikan kepada aktiviti sekolah yang telah diadakan pada butiran berikut;
Aktiviti : Perkhemahan Unit Beruniform
Tarikh : 14-16 September 2014
Tempat : Restu Ibu Resort, Ulu Yam, Selangor
Sasaran :Ahli Unit Beruniform Pengakap, TKRS, PBSM dan Puteri Islam
3. Kerjasama dan kesudian tuan menjayakan program tersebut, diucapkan berbanyak terima kasih
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
..........................................
(ABD AZIZ B. HJ MD ALI)
Guru Besar,
SK Alam Megah (3)
3.2 Laporan jawatankuasa kerja
AJK Laporan Tugas
Pengacara majlis - Juruacara telah mengendalikan majlis perasmian pembukaan dan perasmian penutup dengan baik.
- Acara dijalankan secara rasmi yang lebih santai dan bersahaja memandangkan suasana yang damai di pinggir hutan.
Penyambut tetamu - Penyambut Tetamu terdiri daripada para pentadbir dan pihak urusetia.
- Tetamu jemputan pula adalah YDP PIBG, dalam majlis perasmian yang dirancang, beliau telah hadir lebih awal. Jadi, tiada masalah kelewatan untuk memulakan majlis.
Persembahan - Pada malam persembahan, fasilitator diminta membantu dan memberi idea kepada peserta untuk membuat persembahan.
- Kebanyakan persembahan yang ditunjukkan menarik dan menceriakan suasana. Ada juga beberapa persembahan yang sedikit hambar, tetapi kesungguhan murid untuk mencuba menghasilkan yang terbaik adalah sangat dipuji.
Jamuan - Jawatan kuasa jamuan telah hadir lebih awal ke tempat perkhemahan untuk menyediakan tempat memasak dan menyediakan makanan untuk minum petang dan makan malam. Setibanya di kawasan dapur, didapati ruang tersebut belum dikemas oleh pihak pengurusan kerana sudah lama tidak disewa berikutan bulan Ramadhan dan hari raya. Hampir tiga bulan ruang itu tidak diselenggara, jadi segala perkakasan perlu dicuci dan disusun untuk memudahkan penggunaannya.
- Kerja-kerja tersebut memakan masa lebih dua jam menyebabkan pihak AJK agak kelam kabut untuk memasak hidangan minum petang dan makan malam.
- AJK telah menyiapkan jadual tugas untuk guru yang perlu bertugas bagi setiap kali waktu masak dan makan. Semua AJKdapat menjalankan tugas masing-masing dengan sebaik mungkin.
- AJK tidak mendapat sebarang laporan daripada peserta dan fasilitator mahupun urusetia tentang masalah kesihatan makanan, kekurangan, rasa yang kurang menyenangkan dan kelewatan penyediaan dan layanan yang kurang mesra.
- Ruang makan peserta sesekali bersepah dengan sisa makanan tetapi apabila AJK meminta peserta memastikan kebersihan kawasan terpelihara, mereka bertindak membersihkan tempat tersebut.
Bacaan doa - Bacaan doa lancar dan AJK telah bersedia dengan teks doa yang ringkas, padat dan penuh bermakna.
Buku program - Pihak AJK telah menyedia dan menyiapkan buku program yang ringkas dan padat.
- Semua guru yang terlibat dan tetamu jemputan telah menerima buku program semasa hari pendaftaran.
Backdrop - AJK telah menyiapkan backdrop yang menarik untuk perkhemahan kali ini.
- Ia telah digantung pada pintu dewan dan papan kenyataan di tapak perkhemahan.
Pengelola aktiviti - Segala aktiviti berjalan lancar.
- Segala bahan dan peralatan yang diperlukan oleh setiap JK telah disediakan mengikut kuantiti dan waktu yang betul.
- Menyediakan dan memberi taklimat kepada peserta dan hakim bagi aktiviti yang dijalankan
- Mengawasi keselamatan peserta semasa melakukan aktiviti.
- Aktiviti Puisi Sungai Warisan mengandungi sepuluh stesen yang berbeza aktivitinya. Jadi, murid dapat peluang bermain dengan banyak acara. Tetapi, mereka tidak dapat bermain sepuasnya kerana kesuntukan masa.
- Aktiviti Redah Hutan pula memberi peluang kepada peserta menikmati keindahan alam semulajadi pada waktu malam. Ia juga memberi pengalaman bagaimana golongan yang cacat penglihatan perlu bergerak untuk melakukan aktiviti harian dalam suasana yang gelap gelita.
- Murid menunjukkan kesungguhan dan minat terhadap aktiviti itu
Kem Komanden - Disiplin peserta agak terkawal, walaupun mereka begitu bersemangat dan sangat teruja untuk melakukan pelbagai aktiviti yang tersedia, tetapi mereka tetap mendengar dan mematuhi arahan Kem Komanden dan fasilitator yang bertugas.
- Memastikan disiplin peserta sentiasa terkawal sepanjang tempoh perkhemahan ini berlangsung.
- Menyediakan peserta untuk setiap aktiviti tepat pada masa yang dijanjikan.
- Memberi arahan kepada peserta untuk setiap pergerakan peserta sebelum memulakan aktiviti.
Banner - Membuat dan mereka corak dan perkataan yang sesuai dimasukkan ke dalam banner tersebut.
- Menyediakan dan menempah banner untuk tujuan promosi
Hadiah - Semasa majlis penyampaian hadiah, AJK telah bertugas untuk melabel dan menetapkan hadiah yang sesuai mengikut jumlah ahli kumpulan bergantung kepada bajet yang telah ditetapkan.
- Menyediakan hadiah yang bersesuaian dan mencukupi bagi setiap pertandingan yang dijalankan.
- Mengendalikan majlis penyampaian hadiah supaya lancar dan teratur.
Jemputan - Pihak urusetia telah membuat jemputan kepada YDP PIBG dan sebagainya.
- Menyediakan tempat duduk yang sesuai untuk tetamu dan memastikan tetamu dilayan dengan penuh sopan dan sempurna.
Permainan Tradisional - Kebanyakan peserta tidak tahu untuk bermain pelbagai permainan tradisional ini.
- AJK dan fasilitator berusaha untuk menerangkan dan menunjuk cara permainan yang betul. AJK juga memaklumkan tentang peraturan bermain dan cara pengiraan mata.
- Membimbing dan membantu murid aktiviti mengikut kumpulan
- Menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan untuk segala permainan tradisional yang dikendalikan.
- Memberikan taklimat tentang cara bermain dan cara penghakiman.
- Merekodkan pemenang untuk setiap pertandingan
Penyusunan dewan - Tiada masalah yang timbul dalam JK ini kerna keadaan prasarana yang disediakan sudah memadai untuk majlis tersebut.
- Menyusun atur dewan sebelum majlis bermula
- Mengemas dewan selepas majlis selesai
- Memastikan kebersihan dan kekemasan dewan
PA sistem - Tiada masalah juga daripada JK ini kerana hanya satu set PA sistem yang digunakan.
- Memastikan PA sistem berada dalam keadaan baik
- Memasang dan menyimpan alat PA sistem semasa diperlukan sepanjang tempoh perkhemahan.
- Menyediakan alat PA sistem bergerak di tempat berlangsungnya segala aktiviti
Video - JK melaporkan bahawa ada sesetengah aktiviti yang tidak dapat dirakamkan kerana Video Camp itu hanya ada satu sahaja dan dia perlu bergerak ke banyak kawasan untuk mendapatkan gambar pelbagai acara yang berlangsung.
- Hal ini terjadi terutamanya semasa aktiviti perlaminan tradisional yang dibuat secara stesen.
- Merekod aktiviti yang berlangsung
- Membuat rakaman segala aktiviti yang berlangsung dengan baik untuk tujuan rekod sekolah.
Dokumentasi - Sangat banyak info menarik yang dapat dikongsi.
- Membuat laporan sepanjang program berlangsung untuk dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah dan rekod pihak sekolah.
Jurugambar - Pada perkhemahan kali ini yang berlangsung selama tiga hari, sebanyak hampir seribu keping gambar telah direkodkan.
- Mengambil gambar sepanjang aktiviti berlangsung.
- Menyediakan perkhidmatan tempahan gambar kepada para peserta yang berminat untuk mendapatkan gambar untuk simpanan peribadi.
Kawalan disiplin - Disiplin murid terkawal walaupun mereka begitu teruja dan bersemangat untuk melakukan aktiviti yang telah dirancangkan, tetapi disiplin murid masih dapat dipelihara sebaiknya.
- Memastikan disiplin murid terkawal sepanjang tempoh perkhemahan
Kebersihan - Fasilitator dan Kem Komanden sentiasa mengingatkan peserta tentang amalan kebersihan yang perlu dipatuhi.
- Setiap kali ada kumpulan selesai awal sesuatu aktiviti, fasilitator akan membawa mereka membersihkan kawasan sekelilig.
- Memastikan kebersihan sebelum majlis, semasa majlis dan selepas majlis.
- Menyediakan plastik sampah yang secukupnya di sekitar tapak perkhemahan dan kawasan aktiviti dilaksanakan.
- Memastikan kawasan perkhemahan, tandas, bahagian dapur dan ruang makan sentiasa bersih sepanjang tempoh perkhemahan berlangsung
Alatan - Alatan mencukupi dan dapat digunakan sebaiknya.
- Menyediakan segala alatan dan bahan yang diperlukan untuk segala aktiviti dan pertandingan yang dipertandingkan.
- Mengemas dan menyimpan segala alatan yang elah digunakan
Sijil - AJK telah menyediakan sijil penyertaan kepada semua fasilitator dan peserta yang terlibat.
- Menyediakan sijil untuk murid yang mengambil bahagian.
- Mengendalikan majlis penyampaian sijil kepada peserta.
Keselamatan - Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan yang serius sepanjang perkhemahan ini berlangsung.
- Menyediakan peti pertolongan cemas pada setiap lokasi aktiviti berlangsung.
- Sentiasa bersedia memberikan rawatan kepada peserta yang kurang sihat dan memerlukan rawatan dan ubatan.
3.3 Laporan kewangan
Peruntukan kewangan yang telah dianggarkan dalam cadangan kertas kerja telah digunakan dengan sebaik mungkin mengikut keperluan dan keutamaan perbelanjaan. Peruntukan untuk hadiah juga seperti yang dinyatakan dalam kertas kerja kerana urusan berkaitan kewangan telah dipantau terlebih dahulu. Begitu juga dengan bajet untuk jamuan makan, harga yang ditetapkan adalah menepati bajet yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Oleh itu masalah kekangan kewangan tidak timbul dalam merancang dan melaksanakan aktiviti ini kerana ianya telah dirancang dan disusun dengan baik. Selain itu kerjasama guru-guru yang mengendalikan urusan berkaitan kewangan juga telah dilaksanakan dengan jayanya tanpa berlaku sebarang masalah yang boleh mencacatkan perjalanan aktiviti ini.
Sumber Kewangan Perbelanjaan
1. Yuran
120 orang x RM 90.00 = RM10800.00
2. Dana Kokurikulum RM 2500.00 1. Bas
(3 buah pergi/balik) RM 2500.00
2. Pakej Perkhemahan RM 5320.00
Rujuk lampiran
3. Pakej Makan Minum RM 4440.00
Rujuk lampiran
4. Runcit RM 431.69
Rujuk lampiran
5. Hadiah RM 600.00
JUMLAH RM 13300.00
JUMLAH RM 13291.69
BAKI RM 8.31
Disediakan oleh Disemakan oleh
__________________ _________________
(SITI HAWA BT. OMAR) (MAZANI BIN MAMAT)
Penyelaras Unit Beruniform GPK Kokurikulum
SKAM (3) SKAM (3)
Disediakan oleh
____________________
(ABD AZIZ BIN HJ. MD ALI)
Guru Besar
SKAM (3).
Lampiran:
SK ALAM MEGAH (3)
NO.2, JLN. TELOK PANGLIMA GARANG 28/1,
SEKSYEN 28, 40400 SHAH ALAM,
SELANGOR
3.4 Kesimpulan laporan
- kekurangan
- kelebihan
- Cadangan penambahbaikan untuk program akan datang.
LAPORAN
PERKHEMAHAN
UNIT BERUNIFORM 2013
DI RESTU IBU RESORT,
ULU YAM,SELANGOR
14, 15 DAN 16 SEPTEMBER 2013
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
a. Pendahuluan
Unit Beruniform bersama pihak pentadbiran Kokurikulum telah mengadakan satu program perkhemahan bagi unit-unit beruniform seperti Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Kadet Remaja dan Puteri Islam pada 14, 15 dan 16 September bertempat di Restu Ibu Resort Ulu Yam Selangor .
b. Rasional
Peserta perkhemahan akan mendapat pendedahan dan pengalaman baru menjalani aktiviti seperti ikhtiar hidup, menjejaki alam semula jadi dan latihan kecederaan ringan.
c. Objektif
3.1 Memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar negeri Selangor.
3.2 Memberi pendedahan dan menambahkan pengalaman baru kepada murid-murid akan keindahan semulajadi hutan sebenar dan kebersihan air sungai.
3.3 Murid-murid dapat berinteraksi dengan masyarakat luar dan mengetahui kaedah pembelajaran yang benar-benar baru lagi inovasi .
4 Kumpulan Sasaran
Murid-murid tahun 4, 5 dan 6 seramai 120 orang serta 15 orang guru.
5 Tarikh Pelaksanaan
5.1 14, 15 dan 16 September 2012
6 Sumber Kewangan
6.1 Yuran penyertaan RM 90.00 seorang
(120 orang x RM 90.00 = RM 10800.00) dan Dana Kokurikulum
RM 2500.00
7 Anggaran perbelanjaan.
Perbelanjaan Kos ( RM )
1. Pengangkutan 3 buah bas
2. Makan & Minum 6 kali sehari (3H2M)
120 orang x RM35.00
3. Pakej Restu Ibu Resort
i. Tapak perkhemahan
ii. Bilik Dorm 5 buah (3H2M)
iii. Bilik Dapur dan kelengkapan alatan memasak
iv. Jungle Traking + Penunjuk arah
(RM6 x 120 = RM720) + (RM150)
v. Rakit + Penunjuk cara
(RM5 x 120 = RM600) + (RM150)
4. Cenderahati dan Hadiah
(RM5 x 120 = RM600)
5. Alatan Aktiviti dan Tabung Kecemasan RM 2500.00
RM 4200.00
RM 1800.00
RM 1500.00
RM 400.00
RM 870.00
RM 750.00
RM 600.00
RM 680.00
JUMLAH RM 13 300.00
8 Jawatankuasa Pelaksana
Urusetia : Pn. Siti Hawa bt. Omar
Penyelaras Program : Pn. Siti Hawa bt. Omar
Pengakap : En. Jamil b. Awab dan AJK
PBSM : Pn. Rohana bt. Awang dan AJK
TKRS : En. Mohd. Zaffan b. Hayat dan AJK
Puteri Islam : Pn. Noor Fariza bt. Ghazi Ahmad dan AJK
Pengangkutan En. Fairodee b Mohamood
Kudapan Pn. Siti Hawa bt. Oma
Kebajikan dan Kecemasan Unit PBSM
Aktiviti Unit TKRS
Pengangkutan dan Banner En. Fairodee B. Mohamood (K)
En. Jokhairi B. Jaafar
Ketua Unit Beruniform
Aktiviti (Permainan Tradisional) Fasilitator
Berakit
Pecah Belon Pn. Rohana Bt. Awang
Congkak En. Jamil B. Awab
Pn. Norshilla Bt. Minhat
Ting-Ting Pn. Nur Hanani Bt. Ismail
Galah Panjang Pn. Nor Fariza Bt. Ghazi Ahmad
Bola Beracun En . Matthew Alva Robert A/L Jokim Robert
En. Mohd Nazim B. Najmuddin
Konda -Kondi Cik Najwa Bt. Abdul Rashid
Pn. Harlely Ezren Bt. Mohd Hamidi
Boling Kelapa Cik Cristalyn Sharna D/O Christy
En. Ahmad Sharbini B. Abu Sharif
Baling Selipar En. Muhammad Nazeem B. Muhamad Nor
M Tengku Hassan B. Tengku Omar
Lastik Getah Cik Mogasharni A/P Segaran
Sahsiah dan Kerohanian En. Azlizam B. Abd. Azizi (K)
En. Fairodee B. Mohamood
Ketua Unit Beruniform
Alatan En. Mohd Zaffan B. Hayat (K)
En. Ahmad Sharbini B. Abu Sharif
En. Khairudin B. Ishak
En. Muhamad Nazeem B. Muhamad Nor
En. Matthew Alva Robert A/L Jokim Robert
Ketua Unit Beruniform
Makanan Dan Minuman Pn. Siti Hawa Bt . Omar (K)
Pn. Azira Bt. Arifin
Pn. Roha Bt Lani
Pn. Fatimah Bt. Omar
Pn. Wan Juriah Bt. Sulaiman
Pn. Zarini Bt. Ismail
Pn. Intan Hakimah Bt. Mat Husing Pn. Nor Fariza Bt. Ghazi Ahmad
P. Norrulhudda Bt. Mohtardzo
Cik Sadlina Bt Salim
Pn. Norashikin Bt. A. Hassan
Pn. Sujaihah Bt. Abdul Shukor
Pn. Rohana Bt. Awang
Kesihatan Dan Kebajikan Pn. Nur Hanani Bt. Ismail (K)
Pn. Harlely Ezren Bt. Mohd Hamidi
Pendaftaran Pn. Karen Wong Chek Fai (K)
Pn. Fatimah Norma Bt. Omar
Pn. Norliza Bt. Mohamed Nor
Pn. Sujaihah Bt. Abdul Syukor
Dokumentasi & Sijil Pn. Noor Eliana Bt Husin (K)
Pn. Norashikin Bt. A. Hassan
Cik Najwa Bt. Abdul Rashid
Cik Cristelyn Sharna D/O Chirsty
Cik Mogasharni A/P Segaran
Jurugambar & Video En. Jokhairi B. Jaafar
En. FairodeeB. Mohamood
Hadiah Pn. Harlely Ezren Bt. Mohd Hamidi (K)
Pn. Nur Hanani bt Ismail
Cik Najwa Bt. Abdul Rashid
Cik Cristelyn Sharna D/O Chirsty
Cik Mogasharni A/P Segaran
9. 0 Tentatif Program
Tarikh Masa Tempat
14/09/13
(Jumaat) 3.00petang Berkumpul di SK Alam Megah (3)
- Murid-murid yang menyertai perkhemahan telah berkumpul di sekolah untuk pendaftaran sebelum bertolak ke lokasi perkhemahan.
3.30 petang Bertolak ke Restu Ibu Resort, Ulu Yam, Selangor.
- Setelah semua murid yang menyertai rombongan hadir, perjalanan dimulakan tepat pukul 3.30 petang.
5.25 petang
7.00 malam
9.00 malam
11.00 malam Dijangka tiba di Restu Ibu Resort, Ulu Yam.
- Peserta Perkhemahan tiba di lokasi, peserta diarahkan solat dahulu kemudian mendirikan khemah masing-masing serta mempersiapkan diri .
- Semua peserta makan malam, mendirikan solat serta membaca yasin.
- Peserta Perkhemahan diberikan sedikit taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang perkhemahan. Selepas itu perserta di pecahkan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan kawalan semasa aktiviti dijalankan.
- Semua peserta kembali ke khemah masing-masing untuk tidur.
15/09/13
(Sabtu)
16/09/13
(Ahad)
5.00 pagi Persiapan diri
- Semua peserta solat subuh dan sarapan pagi.
8.00 pagi
12.00 tgh
2.00 petang
6.00 petang
9.00 malam
11.00 malam Aktiviti dijalankan
- Aktiviti pertama yang dijalankan ialah Jungle Tracking ke tapak Air Terjun. Peserta perlu meredah hutan untuk sampai ke kawasan air terjun. Di sana, para peserta dibenarkan untuk mandi-manda. Selain itu peserta juga perlu melakukan aktiviti memasak masakan yang ringkas.
- Para peserta kembali ke khemah masing-masing untuk persiapan diri, makan tengahari dan solat zohor.
- Aktiviti pertandingan permainan tradisional dijalankan. Antara aktiviti permainan tradisional yang dipertandingankan ialah berakit, ting- ting, Galah Panjang, Bola Beracun, Konda –Kondi, pecah Belon, Congkak, Boling Kelapa, Baling Selipar dan Lastik Getah.
- Peserta memepersiapkan diri untuk solat Manghrib dan Insyak . Selepas solat para peserta berkumpul untuk makan malam.
- Tayangan gambar wayang di siarkan untuk perserta merehatkan diri selepas penat menjalani aktiviti yang dijalankan.
- Peserta masuk ke khemah masing-masing untuk tidur.
5.00 pagi
8.00pagi
9.00 pagi
11.00 pagi
12.00 tgh
2.0 petang - Peserta mempersiapkan diri untuk solat subuh. Selesai solat subuh peserta sarapan pagi.
- Semua peserta dikehendaki mengemas khemah masing-masing serta membersihkan sekitar kawasan khemah.
- Pertandingan memasak telah dijalankan untuk menguji kebolehan peserta memasak masakan ringkas jika berada di kawasan hutan.
- Upacara majlis penutup Perkhemahan Unit Beruniform 2012 the dijalankan.
- Selepas majlis penutup peserta dikehendaki makan tengahar.
- Semua peserta bertolak pulang ke Sekolah Kebangsaan Alam megah (3)
- Para peserta perkhemahan tiba di sekolah dan pulang ke rumah masing.
Penilaian Program
Secara keseluruhannya, Program Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Alam Megah (3) 2013 ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan mendapat kerjasama antara guru dan peserta . Murid-murid telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik serta mencabar fizikal dan mental peserta. Mereka sangat gembira dan dapat menimba pengalaman yan g sangat berharga. Mereka juga dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan alam sekitar dan alam semula jadi yang sangat mendamaikan. Di samping itu juga, mereka mendapat kesedaran berkenaan kepentingan menjaga kebersihan dan memelihara keindahan alam sekitar.
Murid-murid juga diberi pendedahan tentang ikhtiar hidup dan pengalaman menjadi orang yang cacat penglihatan. Pengalaman paling menarik, murid dapat merasa menaiki rakit, dihanyutkan dengan pelampung, meredah hutan pada waktu siang dan malam, terbang seperti musang, memasak mengikut menu hutan, dan pelbagai pengalaman yang sangat berharga. Tidak lupa juga pengalaman tidur di dalam khemah, melupakan sebentar segala kemudahan dan kemewahan di rumah masing-masing. Begitu juga dengan pengalaman mendisiplinkan diri secara lebih cergas dan teratur.
Namun begitu beberapa aspek memerlukan penambahbaikan iaitu dari segi:
Kekuatan a. Mendedahkan kepada murid tentang ikhtiar hidup, menjejaki alam semulajadi dan latihan kecederaan ringan.
b. Menjalinkan hubungan erat dan berinteraksi dengan masyarakat dan agensi luar.
c. Memberi pendedahan kepada murid tentang pelbagai jenis permainan tradisional yang sudah mula dilupakan.
d. Memberi peluang murid menaiki rakit, menaiki pelampung meredah jeram, ‘Flying Fox’, menyeberangi sungai dengan cara berenang dan bergayut pada tali dan sebagainya.
Kelemahan a) Peserta yang menyertai perkhemahan haruslah bersedia dengan segala aktiviti serta dengan segala masalah yang dihadapi.
b) Peserta menyediakan makanan sendiri bagi memberi pengalaman kepada murid-murid untuk berdikari.
c) Jadikan aktiviti pertandingan kawat kaki aktiviti pertandingan utama.
d) Tidak ada pertandingan antara setiap Unit Beruniform, malah mereka ditetapkan dalam kumpulan yang bercampur setiap unit.
Cadangan Penambahbaikan a) Program Perkhemahan Unit Beruniform di luar kawasan sekolah patut diterukan di masa depan kerana ia dapat memberikan pengalaman situasi sebenar kepada peserta tentang perkhemahan.
b) Sepatutnya ada pertandingan antara Unit Beruniform supaya murid berlumba-lumba untuk memperbaiki kualiti disiplin dan kerjasama antara mereka.
c) Perkhemahan seterusnya mungkin boleh dedahkan murid kepada kawasan pantai pula. Pelbagai aktiviti yang berbeza pula akan dapat dijalankan dan murid akan kaya dengan pengalaman baharu.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
………………………….. …………………………………
(SITI HAWA BT. OMAR) (EN. MAZANI B MAMAT)
Ajk Dokumentasi Perkhemahan Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Unit Beruniform SKAM (3)
SKAM (3)
Disahkan oleh,
…………………….............……
(EN. ABD AZIZ B. HJ.MD ALI)
Guru Besar,
SK. Alam Megah (3)
GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKAM (3) 2013
Sekian….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment