Tips Elak Batuk
Badan
kita mungkin tak dapat menghasilkan semua antibodi yang diperlukan
untuk melawan semua bakteria yang ada. Jadi apa yang boleh dilakukan
adalah untuk mencegah diri sendiri daripada terjangkit. Cara yang paling
mudah adalah:
1) Jaga
kebersihan – elakkan menyentuh barang-barang yang orangramai sentuh
dengan tangan. Sebabnya bakteria mungkin ada di tempat yang disentuh
itu. Contohnya semasa menekan butang lif, jangan guna hujung jari tapi
guna buku jari (tulang di belakang jari, bahasa inggerisnya knuckles).
Jika ada pintu yang jenis dibuka dengan menolak, tolaklah pintu dengan
lengan bahu dan sebagainya. Jika perlu sentuh juga, boleh bawa hand sanitizer
seperti Dettol dan sebagainya yang banyak dijual untuk disapukan
ditangan selepas memegang atau menyentuh kawasan yang terdedah dengan
bakteria. Kalau tak nak bawa hand sanitizer, pastikan tangan kita dibasuh selepas menyentuh permukaan tadi.
2) Elakkan
menyentuh kawasan muka – Sekiranya kita dah pun menyentuh permukaan
yang mengandungi bakteria, elakkan tangan anda daripada menyentuh
kawasan muka seperti mata, hidung dan mulut. Saya tahu mungkin
sesetengah orang rasa sukar nak dilakukan terutamanya suami isteri atau
keluarga terdekat tapi cubalah sekadar yang termampu. Bakteria tidak
masuk sendiri ke dalam saluran pernafasan kita. Ia memerlukan sesuatu
perantaraan seperti mata, hidung dan mulut. Selagi ketiga-tiga tempat
utama tersebut tidak ‘dikacau’, insyaAllah risiko bakteria hinggap dapat
dikurangkan.
No comments:
Post a Comment